Kenapa peraduan diadakan? Biasanya peraduan diadakan oleh penganjur kerana mahu mempromosikan produk mereka. Pemenang peraduan akan mendapat produk mereka sebagai hadiah, dan jika mereka berpuas hati dengan produk itu, mereka akan menggalakkan rakan-rakan dan keluarganya untuk membeli produk itu kerana mereka percaya kepada produk itu. Dengan itu, pelanggan dan juga penganjur akan untung.
Peraduan adalah sebuah permainan seperti pertandingan. Anda mungkin memenangi apa sahaja yang anda inginkan dari memenangi peraduan. Mungkin anda berpeluang mendapat tiket perlancongan ke Hong Kong. Ataupun anda mungkin mendapat sebuah Samsung Note 5. Siapa yang tidak inginkan semua hadiah-hadiah ini, kan?
Hadiah peraduan adalah tiket untuk memenuhi hasrat dan impian anda dalam masa yang singkat. Jika anda adalah orang yang berimpian besar, anda hanya perlu mengambil sebuah langkah kecil untuk merealisasikan impian tersebut.
Adakah anda inginkan perasaan teruja bercampur takut dan gembira apabila membuka kotak yang tertera nama syarikat yang biasa anda lihat di skrin MacBook anda? Perasaan hebat itu hanya berlaku jika anda memenangi peraduan. Anda juga boleh mendapat panggilan telefon yang mengatakan kata-kata yang membuatkan anda menangis kerana terlalu gembira:
“Tahniah, anda telah memenangi sebuah iPhone 6!!!”
Hadiah itu tidak semestinya sebuah iPhone 6. Tetapi ia boleh juga menjadi hadiah set produk kecantikan untuk ibu anda ataupun sebuah TV Plasma 42′ untuk diletakkan di bilik anda. Anda mungkin juga berpeluang untuk mendapat baucar bernilai RM100,000 untuk dibelanja di kedai kegemaran anda. Dengan kemahiran dan taktik yang tepat, keseronokan ini boleh menjadi milik anda!
Leave a Reply